TEMPOH PERADUAN: 22 OGOS - 2 SEPT

Terma dan Syarat

    Pihak Penganjur & Kelayakan
  1. PERADUAN JOM CHECK-IN ["Peraduan"] ini dianjurkan oleh Star Media Group Berhad ["Pihak Penganjur"] dan ditaja oleh Cathay Dragon ["Penaja Utama"].
  2. Peraduan in dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai MyKad sah dan berusia 18 tahun ke atas pada 22/08/2017 ["Peserta"]. Ia juga terbuka kepada penduduk tetap (PR) di Malaysia.
  3. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan Pihak Penganjur dan Pihak Penaja [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau
    2. Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau promosi Pihak Penganjur dan Pihak Penaja (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya, dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
  4. Tempoh Peraduan
  5. Peraduan ini berlangsung dari 22/08/2017 hingga 02/09/2017 ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  6. Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
  7. Untuk menyertai peraduan ini (yang terdiri dari peraduan Check-In Harian dan Check-In Utama), peserta perlu:
    1. Layari peraduan.mstar.com.my/checkin dan log masuk akaun Facebook sah (bukan direka/buka untuk peraduan sahaja) dimiliki oleh peserta.
    2. Klik atau ‘check in’ imej kotak hadiah bagi tarikh yang berkaitan.
    3. Lengkapkan borang penyertaan bersertakan butiran diri seperti nama, nombor kad pengenalan, email, nombor telefon dll.
    4. Untuk memenangi Hadiah Harian:
      1. Jawab tiga soalan mudah
      2. Lengkapkan cabaran ‘jigsaw puzzle’ secepat mungkin
    5. Klik ‘Hantar’
    6. Untuk memenangi Hadiah Utama:
      1. Kumpulkan sebanyak mungkin mata dengan menyertai peraduan Check-In Harian. Mata anda akan direkodkan setiap hari.
      2. Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan Check-In Utama, anda seharusnya mengumpulkan jumlah mata yang mencukupi terdahulu. Ini adalah bersamaan sekurang-kurangnya tiga hari menjawab - dengan betul - peraduan Check-In Harian. Anda akan mendapat notis setelah anda mendapat mata yang secukupnya, dan akan diarahkan (redirect) ke cabaran hadiah utama. Setelah anda telah melayakkan diri untuk menyertai peraduan Check-In Utama, anda boleh terus mengumpulkan mata bagi hari-hari yang berikutnya, untuk memastikan peluang anda memenangi Hadiah Utama adalah lebih tinggi.
      3. Jawab satu soalan mudah
      4. Lengkapkan cabaran “jigsaw puzzle” utama secepat mungkin. Anda boleh membaiki masa terbaik anda keesokkan hari setelah mencuba peraduan Check-In Harian pada hari berikut.
  8. Hadiah
  9. Hadiah-hadiah bagi peraduan ini terbahagi kepada dua kategori:
    1. Kategori 1 - Hadiah Harian
      1. Terdapat sejumlah 12 Hadiah Harian untuk dimenangi.
      2. Hadiah Harian akan berubah setiap hari tetapi kesemuanya berkaitan pelancongan. (Contoh Hadiah Harian: Ticket ke Lost World Tambun untuk dua (2) orang).
      3. Pemenang-pemenang Hadiah Harian akan diberitahu tiga (3) hari selepas tarikh penyertaan melalui e-mel.
    2. Kategori 2 – Hadiah Utama
      1. Terdapat sejumlah satu (1) Hadiah Utama untuk dimenangi.
      2. Pemenang Hadiah Utama akan memenangi tiket penerbangan Cathay Dragon untuk dua (2) orang dari KL ke Hong Kong.
      3. Pemenang-pemenang Hadiah Utama akan diberitahu sebelum 10 September (lapan (8) hari selepas tarikh akhir peraduan) melalui e-mel atau telefon.
  10. Bergantung kepada cabaran yang dikemukakan, Pemenang Hadiah Harian akan dipilih berdasarkan:
    1. Jawapan yang paling tepat, dan/atau
    2. Masa yang paling cepat untuk melengkapkan cabaran ‘jigsaw puzzle’ dan/atau
    3. Tarikh dan masa penyertaan dihantar.
  11. Pemenang Check-In Hadiah Utama akan dipilih berdasarkan jumlah mata tertinggi yang diperolehi sepanjang tempoh Peraduan. Untuk mengumpul mata, peserta hanya perlu memasuki peraduan Check-In Harian sekerap yang mungkin (iaitu setiap hari). Jika terdapat dua atau lebih orang yang mempunyai jumlah mata yang sama, Hadiah Utama akan dimenangi oleh peserta paling pantas melengkapkan cabaran ‘jigsaw puzzle’ utama.
  12. Kesemua pemenang-pemenang Hadiah Harian dan Hadiah Utama akan diberitahu melalui e-mel atau telefon. Pemenang-pemenang Hadiah Utama akan diberitahu sebelum 10 September 2017 (lapan (8) hari selepas tamat tempoh peraduan), manakala pemenang-pemenang Hadiah Harian akan diberitahu tiga (3) hari selepas tarikh penyertaan. Jika terdapat mana-mana pemenang gagal dihubungi selepas tiga (3) percubaan, penyertaannya akan dibatalkan dan pemenang seterusnya akan dipilih. Nama pemenang-pemenang Hadiah Harian dan Hadiah Utama juga akan disenaraikan di peraduan.mstar.com.my/checkin
  13. Setiap peserta hanya layak memenangi satu Hadiah Harian tetapi boleh memenangi Hadiah Utama jika peserta berjaya mengumpul mata paling tinggi.
  14. Hadiah tidak boleh ditukar untuk wang tunai dan Pihak Penganjur berhak untuk menukar hadiah dengan nilai sama tanpa notis terlebih dahulu.
  15. Liabiliti & Tanggungjawab
  16. Pemenang-pemenang bertanggungjawab untuk sebarang bayaran untuk cukai, insurans dan/atau caj-caj lain yang berkaitan dengan hadiah.
  17. Peserta dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur terkecuali daripada semua jaminan dan/atau liabiliti yang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan juga peraduan.
  18. Hak Pihak Penganjur
  19. Keputusan Pihak Juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma & Syarat peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak.
  20. Pihak Penganjur berhak untuk menahan hadiah pemenang sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, atau wujudnya penyalahgunaan teknologi bagi tujuan mendapatkan lebihan undi/mata untuk menang.
  21. Pihak Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk membatalkan kemenangan peserta sekiranya ada dikalangan undian/pengumpulan mata didapati adalah palsu, atau jika dipercayai wujudnya penipuan atau kaedah pengundian/pemgumpulan mata mencurigakan. Sekiranya wujudnya penipuan, Pihak Penganjur berhak menyiasat dan mengesahkan jawapan/undian/mata bagi setiap penyertaan yang dihantar.
  22. Pihak Penganjur berhak menentukan pemenang lain sekiranya didapati pemenang asal terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan bagi tujuan memperoleh undi/mata. Contoh aktiviti penipuan atau yang mencurigakan adalah termasuk:
    1. Pembelian undi atau “like” dari pihak ketiga (laman sesawang atau kumpulan)
    2. Akaun palsu atau kepelbagaian identiti akaun yang dimiliki oleh pemilik sama bagi tujuan menambah undi/mata
    3. Penyalahgunaan teknologi untuk menambahkan bilangan undi/mata
  23. Peraduan ini tidak ditaja, disokong, dikelola atau berkait dengan Facebook.
  24. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta bersetuju bahawa Star Media Group Berhad mempunyai hak untuk menggunakan sebarang atau semua maklumat berkenaan peraduan, termasuk penyertaan yang dihantar oleh peserta bagi tujuan editorial, pemasaran, dan apa jua tujuan sekalipun, melainkan jika ia menyalahi undang-undang.

Penaja Utama:

Penaja: